Isnin, 31 Disember 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012


Keputusan UPSR telah diumumkan pada 19 Nov yang lalu. 5 orang telah mencapai 5A, 5 orang telah mencapai 4A 1B dan seorang 4A 1C. Walaupun berlaku penurunan tetapi satu pencapaian membanggakan tetap dicatatkan. Pencapaian 100% dalam Bahasa Melayu Penulisan telah dicatatkan buat pertama kali dalam sejarah. Atas pencapaian itu pihak sekolah telah menerima anugerah kahs daripada PPD Kuala Selangor. Apa yang lebih manis ialah sekolah ini adalah satu-satunya sekolah yang mencapai 100% lulus dalam mata pelajaran tersebut di Daerah Kuala Selangor. Sekalung tahniah buat semua yang berjaya.