Khamis, 17 Januari 2013

LATIHAN MERENTAS DESA 

Kegiatan kokurikulum dan sukan mula rancak. Ia dimulai dengan latihan merentas desa pada Rabu 9 Jan yang lalu. Murid-murid Tahun 3 - 6 telah berjaya menamatkan larian dengan jayanya. Latihan diterus pada 16 Jan, dan 23 Jan 2013. Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah akan berlangsung pada 25 Jan 2013. Sama-sama kita nantikan keputusannya.

Laporan seterusnya akan menyusul.