Jurulatih (L) : En.Baddri b. Hj.Ridzwan
Pengurus (L) : En.Mohsin b.Mokmin
Jurulatih (P) : Pn.Nor Khaizan bt Abu Mansor
Pengurus (P) : Pn.Noralisza bt Misri
Pencapaian : Pasukan Lelaki : Ketiga
Pasukan Perempuan : Pusingan Awal
Nama Pemain Lelaki:
1. Zul Najmi b. Mohd Alwi (Kapten)
2. Iman Najmi b. Azian Shahrizal
3. Aizat Helmi b. Khairuddin
4. Muhamad Danish Daniel b. Mohd Mazlan
5. Aiman Nabhan b. Norman
6. Muhamad Afiq Wafey b. Mohd Nizam
7. Abdur Raziq b. sulaiman
8. Mohamad Nursayyidie b. Mohd Nazir
9. Amirul Azril b. Mohd Arif
10. Afif Adzdzin b. sarbani
11. Muhammad Arief Azrai b. Abd.Malik
12. Mohamad Ezzam Fazlie b. Sumarno
Nama Pemain Perempuan:
1. Nurbalqis bt Zainuddin (Kapten)
2. Siti Aisyah bt Selamat
3. Syafiza Adila bt Mokthar
4. Anis Sofea bt Mohamed Azman
5. Nurin Anisa Afina bt Mustafa
6. Nur Aqilah bt Mohamad Rosli
7. Aina Misha Qistina bt Z.Anizan
8. Nur Sarina bt Mohd.Foudzi
9. Azatul Aleeya Asyeera bt Sarbani
10. Atiqah suraya bt Razali
11. Aleeya Natasha bt Ruzaini
12. Nur Ainina bt Mohd Nizan
GAMBAR KENANGAN KETIKA KEJOHANAN BOLA TAMPAR
Sabtu, 30 Mac 2013
Selasa, 22 Januari 2013
Jumaat, 18 Januari 2013
Khamis, 17 Januari 2013
LATIHAN MERENTAS DESA
Kegiatan kokurikulum dan sukan mula rancak. Ia dimulai dengan latihan merentas desa pada Rabu 9 Jan yang lalu. Murid-murid Tahun 3 - 6 telah berjaya menamatkan larian dengan jayanya. Latihan diterus pada 16 Jan, dan 23 Jan 2013. Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah akan berlangsung pada 25 Jan 2013. Sama-sama kita nantikan keputusannya.Laporan seterusnya akan menyusul.
Khamis, 3 Januari 2013
Adakah Anak-Anak Kita Makan Dengan Betul?
Mengasuh anak-anak makan dengan betul
Sebagai ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda.
Anda yang menentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk
keluarga anda. Ini adalah kerana anda merupakan orang yang paling
berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan paling layak untuk menggalakkan
tabiat makan yang sihat.
Lebih penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan teladan yang
baik. Anak-anak menganggap anda sebagai suri teladan. Lantaran itu, anda
boleh memainkan peranan paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak
dan membiasakan mereka dengan tabiat makan yang sihat, baik di rumah
mahu pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam diri mereka, anda
tidak perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan
makanan yang salah. Malangnya, masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak
berusaha untuk memberi anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan
menanamkan tabiat makan yang baik sejak mereka kecil, atau apabila
mereka mula bersekolah.
Kurikulum baharu mulai 2016
KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Semakan Semula (KSSR) mulai 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara.
Kurikulum
baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan
murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini
memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.
Isnin, 31 Disember 2012
LAPORAN AWAL PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013 - 2015
Bagi memenuhi keperluan semua
rakyat Malaysia dan menyediakan negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa adalah penting untuk negara
melakarkan wawasan kejayaan sistem pendidikan yang ingin dibangunkan, khusus
berdasarkan konteks Malaysia. Kumpulan murid terbaik yang bagaimanakah ingin dihasilkan
untuk berdepan dengan cabaran ekonomi abad ke-21? Jenis pendidikan yang
bagaimanakah perlu disediakan untuk mereka hadapi dunia globalisasi yang pantas
berubah? Kedua-dua aspirasi ini merangkumi dua aspek: pertama, sistem
pendidikan secara keseluruhan, dan kedua, murid secara individu. Visi dan
aspirasi ini akan menjadi landasan transformasi sistem pendidikan Malaysia.
Langgan:
Catatan (Atom)